disadur dari http://halaqah.net
Dijadikan pada tubuh Adam ada 9 rongga @ liang:
> 7 di kepala
- 2 liang mata
- 2 liang telinga
- 2 liang hidung
- 1 liang mulut
> 2 di bawah badan
- 1 liang kemaluan
- 1 liang dubur
Dijadikan pula 5 buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa
5. Anggota tubuh lain, seperti kulit, telapak tangan dll.
Ketika
Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air asin, air amis, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri
Adam dengan pelbagai macam “Sifat”.
Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan di dalam “Alam Malakut”.
Sesungguhnya
tanah yang akan dijadikan “Tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka
sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,
wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
“Bahrul-Uluhiyah”. Kemudian tubuh itu dibenamkan dengan air
“Kudral-‘Izzah-Nya”, iaitu sifat “Jalan dan Jammal”, lalu diciptakan
menjadi tubuh Adam yang sempurna.
Cuba perhatikan firman Allah dalam surah Ad-Dahr, ayat satu :
“Apakah tidak datang kepada manusia khabar berita suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebutkan menurut perhitungan manusia?”
Yang
maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan termasuk Adam dalam waktu
yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut
perhitungan manusia zaman sekarang.
Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam diselubunginya dalam waktu 120 tahun:
- 40 tahun di tanah yang kering
- 40 tahun di tanah yang basah
- 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau
Kemudian
Allah rubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah
pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenarnya.
Mereka memandang rendah akan bakal kejadian Adam lantaran menurut
penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lain sebabnya dari
kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah mengetahui bahawa
Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka
hairan, mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal
kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asal kejadian mereka dari cahaya.
Demikian
pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun
merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam
yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Roh
itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar disitu dikelilingi malaikat-malaikat yang menyaksikannya.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra’il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra’il.
Ia
dimasukkan ke dlam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah
Allah memberi kekuatan kepada Izra’il untuk memasukkan roh ke dalam
tubuh Adam. Dahulu Izra’il ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan
kini pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah
itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kanan dan ke
kiri. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannya
masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat
yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah
dapat mendengar para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah,
dengan bermacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara yang merdu dan
mengasikkan.
Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap
Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata: “
Yarkhamukallaah” yang ertinya “Semoga engkau diberi rahmat Allah”.
Oleh
kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap:
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucap:
“Yarkhamukallaah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya,
tiba-tiba sahaja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah
masih menjadi keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka
tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa.” (Al-Israk:11)
Maka
ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus
roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu
terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna,
yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses
kejadian-kejadian tubuh Adam.
Menurut riwayat ketika Adam masih
berada di Syurga sangat baik kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita
sekarang ini. Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah
perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal
warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun
orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali
dengan gelaran Abul-Basyar: (Bapa segala Manusia) dan Nabi Muhammad SAW
pula dengan gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" (Bapa segala Roh).
Setelah
kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan
jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua
malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali
tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan
indah dan menawan.
Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian
kebesaran dari syurga dengan mahkota tang ditatah intan berlian yang
menambahkan lagi keagungannya sebagai seorang raja atau khalifah.
Setelah itu Adam duduk di atas kerusi keemasan yang bertatah permata
sambil dikelilingi oleh para malaikat. Kemudian setelah Adam duduk di
atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat orang malaikat serta
diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada penghuni di
langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke
syurga.
Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat
selama lebih kurang 100 tahun. Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga
iaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril
membawa seekor kuda dari syurga yang berwarna hijau muda serta
bersayap. Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia.
Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa. Jibril memegang
tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kanan Adam manakala Israfil pula
duduk di sebelah kiri beliau.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan "
Assalamualaikum" yang mana ia dijawab oleh setiap para malaikat dengan "
Waa'alaikum salam."